Ramai antara pemimpin UMNO berasa menyesal dalam melindungi perkara yang tidak betul yang telah dibuat oleh bekas presiden merangkap bekas perdana Menteri Malaysia itu.
Khairy Jamaluddin tidak terkecuali, beliau mengesa agar semua salah laku yang telah dibuat terutamanya terhadap 1mdb harus dibongkar dan disiasat seadil adilnya. Ini bagi membersihkan nama baik UMNO sebagai sebuah parti keramat agar UMNO akan menjadi parti yang sentiasa relevan dan menjadi pihak pembangkang yang disegani rakyat dalam membantu meningkatkan mutu kerja kerajaan.
Bekas presiden UMNO dan juga bekas perdana menteri Malaysia Dato Seri Najib telah meletakkan jawatannya sebagai pemimpin parti setelah BN menerima kekalahan dalam pilihanraya baru-baru ini. Para pemimpin UMNO berharap agar Najib dapat menjauhkan diri dari terus menjadi beban terhadap parti disamping memberi ruang yang secukupnya terhadap pimpinan baru dibawah Zahid Hamidi. Dato Seri Najib dianggap sebabagi beban kerana beberapa tuduhan yang telah dibuat terhadap beliau. 7 tuduhan berat yang kini beliau alami termasuklah salah guna kuasa, wang haram dan skandal rasuah. Ini memberikan impak yang kuat terhadap pimpinan UMNO sekarang kerana rakyat masih menganggap parti itu tidak lagi membawa kemajuan malah menambah bebanan rakyat. Kini, segenap lapisan UMNO menyesal dengan tindakan mereka melindungi Najib dan parti itu memerlukan perubahan yang besar bagi memenangi hati rakyat.
Sila tonton video: